myBlog

Tuesday, December 21, 2010

Wasiat Imam Syafie


Sebelum Imam Syafie pulang ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya serta umat Islam umumnya. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan beliau yang berbentuk nasihat yang sangat bernilai untuk kita. Wasiat tersebut tersimpan di dalam khazanah Perpustakaan al-Asad al-Wataniyyah di Damsyiq, Syiria sehinggalah ia diterbitkan semula oleh salah sebuah penerbit di sana.
         Berikut ialah kandungan wasiat tersebut;
         "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
         Pertama: Hak Kepada Diri. 
         Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
       
          Kedua: Hak Kepada Malaikat Maut.
          Iaitu: Mengqodorkan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.


           Ketiga: Hak Kepada Kubur.
           Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


           Keempat: Hak Kepada Mungkar Dan Nakir.
           Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat dan menasihati.


           Kelima: Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat).
           Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, memperikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.


           Keenam: Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat).
           Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


           Ketujuh: Hak Kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka).
           Iaitu: Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.


           Kelapan: Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga).
           Iaitu: Berasa redha kepada qadar Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.


           Kesembilan: Hak Kepada Nabi SAW.
           Iaitu: Berselawat ke atasnya, berpegang dengan Syariat, bergantung kepada al-Sunnah (Hadis), menyanyangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari Allah.


           Kesepuluh: Hak Kepada Allah AWT.
           Iaitu: Mengajak Manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari keburukkan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
 
 Semoga kita dapat beramal dengan wasiat-wasiat Imam Syafie yang amat berguna tersebut dan semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Imam Syafie.
       
Amin Ya Rabbal Alamin.


 
















 



Thursday, December 16, 2010

"keyakinan kepada Allah adalah ibarat air kedamaian ya kering tak pernah  kering menjadikan seorang muslim tetap tegar disaat orang lain berguguran dan tetap tenang disaat orang lain dalam ketakutan..biar rebah jangan berubah, biar terbuang terus berjuang, ujian adalah tarbiah dari Allah, semakin dekat bahtera kita kepadaNya, semakin hebat taufan melanda. semalam adalah kenangan, hari ini adalah peluang, esok adalah harapan...."


"bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihNya. Begitulah rupanya berkasih dengan Allah...Tak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah tetapi dilindungi dengan ujian dan cubaan yang tak berkesudahan.... Panjatkan ke syukuran kerana itu tanda sayang Allah kepada hamba-hambaNya...Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hambaNya."


"andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda...Aku tak ingin mengutip ramainya bilangan mereka tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas membantu dan bersamaku bagi membina kembali bangunan usang menjadi sebuah bangunan yang tersegam indah" -As-Syahid Iman Hasan Al-Banna-

Monday, December 13, 2010


orang-orang mukmin yang sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang dapat mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. tiada sesuatu yang lebih bererti dalam kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Saturday, November 13, 2010

tiada lagi rasa ingat akan Allah tanpa ujian, tiada rasa kehambaan tanpa rasa kepasrahan, tiada rasa kepergangtungan tanpa kepayahan, "sesungguhnya Allah memberi kemudahan dalam kepayahan".