myBlog

Tuesday, December 21, 2010

Wasiat Imam Syafie


Sebelum Imam Syafie pulang ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya serta umat Islam umumnya. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan beliau yang berbentuk nasihat yang sangat bernilai untuk kita. Wasiat tersebut tersimpan di dalam khazanah Perpustakaan al-Asad al-Wataniyyah di Damsyiq, Syiria sehinggalah ia diterbitkan semula oleh salah sebuah penerbit di sana.
         Berikut ialah kandungan wasiat tersebut;
         "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
         Pertama: Hak Kepada Diri. 
         Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
       
          Kedua: Hak Kepada Malaikat Maut.
          Iaitu: Mengqodorkan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.


           Ketiga: Hak Kepada Kubur.
           Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


           Keempat: Hak Kepada Mungkar Dan Nakir.
           Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat dan menasihati.


           Kelima: Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat).
           Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, memperikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.


           Keenam: Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat).
           Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


           Ketujuh: Hak Kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka).
           Iaitu: Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.


           Kelapan: Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga).
           Iaitu: Berasa redha kepada qadar Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.


           Kesembilan: Hak Kepada Nabi SAW.
           Iaitu: Berselawat ke atasnya, berpegang dengan Syariat, bergantung kepada al-Sunnah (Hadis), menyanyangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari Allah.


           Kesepuluh: Hak Kepada Allah AWT.
           Iaitu: Mengajak Manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari keburukkan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
 
 Semoga kita dapat beramal dengan wasiat-wasiat Imam Syafie yang amat berguna tersebut dan semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Imam Syafie.
       
Amin Ya Rabbal Alamin.


 
















 



No comments:

Post a Comment